
Siapa Kami
Pertubuhan Warisan Alam Sekitar Malaysia merupakan sebuah badan perkhidmatan memelihara alam sekitar di laut dan di daratan bumi ciptaan Tuhan, di mana program dan aktivitinya dirangka sebegitu kemas demi generasi masa hadapan.
4 Langkah Mudah Pelihara & Pulihara ?

Sokongan Masa
Pemeliharaan & pemuliharaan alam sekitar memerlukan masa jangka pendek dan jangka panjang.

Idea Inovasi
Kreativiti dan Inovasi Pendidikan Pembangunan Lestari selaras dengan Dasar Teknologi Hijau Menyumbang Transformasi Minda Anak Bangsa

Media & Teknologi
Medium saluran seperti media dan internet amat sesuai untuk menyalurkan informasi pelihara & pulihara kepada dunia, contohnya media social.

Hebahan Komuniti
Kepentingan pulihara & pelihara alam sekitar dapat dihebahkan melalui komuniti di sekeliling kita.
Berita Terkini
MBSA-F&N anjur pertandingan budayakan amalan kitar semula dalam kalangan pelajar
SHAH ALAM 1 Mac - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dengan kerjasama syarikat pengeluar minuman, F&N Beverages Marketing Sdn. Bhd. (F&N) menganjurkan Pertandingan Kitar Semula Peringkat Sekolah 2017 bagi membudayakan amalan kitar semula dalam kalangan pelajar sekolah...
PERSPEKTIF: Plastik mudah urai benar-benar mesra alam?
DIPERBUAT daripada polimer hidrokarbon, beg plastik biasa mengambil masa 500 hingga hampir seribu tahun untuk urai. Beza plastik bio-urai, adalah ia boleh diurai dalam jangka masa lebih singkat. Bagaimanapun, ia hanya mengurai kepada bentuk plastik yang lebih kecil...
Kerajaan Selangor tambah peruntukan urus sisa pepejal
SHAH ALAM: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam pembentangan belanjawan Selangor 2017 menegaskan, belanjawan tersebut memberi fokus kepada penambahbaikan pengurusan sisa pepejal yang selama ini menjadi isu panas di negeri itu.Ia dilakukan menerusi pelaksanaan aplikasi...
%
Punca Pencemaran Udara dari kenderaan bermotor
%
Penduduk Malaysia yang dibekalkan dengan air paip
%
18.3 juta hektar tanah Malaysia yang berhutan
%
Tahap kesedaran rakyat Malaysia terhadap isu alam sekitar
Kami Memerlukan Keprihatinan Anda..
SUMBANGAN ASAS WASM 2017
Bagi menampung kos pengurusan program dan aktiviti kelestarian serta pemuliharaan alam sekitar oleh Pertubuhan Warisan Alam Sekitar Malaysia bagi tahun 2017.
SUMBANGAN PROGRAM KELESTARIAN ALAM SEKITAR
Sumbangan ini bertujuan mengumpul dana khas untuk PROGRAM KELESTARIAN WARISAN ALAM SEKITAR yang akan dijalankan 4 kali setahun. Program ini merupakan program tahunan Pertubuhan Warisan Alam Sekitar Malaysia.
SUMBANGAN PROGRAM BIJAK ALAM
Sumbangan ini bertujuan mengumpul dana khas untuk PROGRAM KELESTARIAN WARISAN ALAM SEKITAR yang akan dijalankan 4 kali setahun. Program ini merupakan program tahunan Pertubuhan Warisan Alam Sekitar Malaysia.
SUMBANGAN PROGRAM SKUAD ALAM
Sumbangan ini bertujuan mengumpul dana khas untuk PROGRAM KELESTARIAN WARISAN ALAM SEKITAR yang akan dijalankan 4 kali setahun. Program ini merupakan program tahunan Pertubuhan Warisan Alam Sekitar Malaysia.
SUMBANGAN PROGRAM ALAM SEKITAR KEWAJIPAN KITA
Sumbangan ini bertujuan mengumpul dana khas untuk PROGRAM KELESTARIAN WARISAN ALAM SEKITAR yang akan dijalankan 4 kali setahun. Program ini merupakan program tahunan Pertubuhan Warisan Alam Sekitar Malaysia.
Sepintas lalu WASM
Membantu usaha murni kerajaan membina minda dan penghayatan setiap warganegara memainkan peranan proaktif bagi memastikan muka bumi tempat tinggal semua penghuni dipelihara dan dijaga dengan selamat demi generasi masa depan.
Mencurahkan khidmat bakti dan memberikan pendidikan dan kesedaran kepada orang ramai untuk pemuliharaan dan keselamatan alam sekitar dengan semangat kecintaan dan kewajipan yang kental.
Memajukan perkhidmatan pembangunan rakyat Malaysia khususnya dalam Pembangunan minda anak-anak dan keluarga.
Untuk mencapai tujuan tersebut Pertubuhan Warisan Alam Sekitar Malaysia telah menggariskan beberapa matlamatnya seperti yang berikut:
Menyokong dan mengaplikasi teknologi baru yang mesra alam dengan mempertingkatkan kaedah pencegahan terhadap pencemaran.
Menubuhkan Skuad Alam sebagai pencinta alam, penggerak dan pengawas persekitaran alam sekitar samada di darat, udara dan lautan terdiri daripada semua golongan bagi melaksanakan aktiviti murni dan sukarela.
Menyertai dan melibatkan seminar, forum, konferen, dialog, kempen, penerbitan media dan aktiviti bagi meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat mengenai peri pentingnya penjagaan alam sekitar dan memastikan kehidupan lebih selamat dan sejahtera.
Penglibatan dalam program amal dengan badan-badan korporat yang mempunyai projek kemasyarakatan dan tanggungjawab sosial korporat atau yang prihatin terhadap alam sekitar.
Organisasi Utama

YBhg Puan Sri Dato’ Dr Aishah Hj Salleh
Presiden

YM Tengku Zaib Raja Ahmad
Timbalan Presiden

YBhg Datuk Nik Ali Mat Yunus
Naib Presiden I

Lee Kheng Hiew
Naib Presiden II

Asma Haliza Abd Hamid
Setiausaha

Md Rusli Hj Ahmad
Penolong Setiausaha

Zulfakar Salleh
Bendahari

Azizah Jahari
Penolong Bendahari
Info, Cadangan, Idea...
Pertubuhan Warisan Alam Sekitar Malaysia
Alamat: No. 23-1, Blok A, Jalan Atmosphere 3
Pusat Perniagaan The Atmosphere
Jalan Putra Permai
43300, Seri Kembangan, Selangor, Malaysia.
Tel: +603.8940.6003
Masa Urusan : Isnin-Jumaat ( 8.00am-5.30pm )