(Last Updated On: February 3, 2017)
Foto pembaca Sinar Online oleh RAHMAWATI NURDIN
  • Facebook
  • Twitter
  • Google+
  • LinkedIn
  • Pinterest
  • Tumblr

Sebahagian mahasiswa yang terlibat dengan aktiviti memulihara kawasan pantai di Melaka, baru-baru ini.

 

SHAH ALAM – Seramai 40 mahasiswa dari Kolej Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) mengambil inisiatif menganjurkan program menanam semula anak pokok bakau di Pantai Siring, Merlimau Melaka baru-baru ini.

Pengetua Kolej Canselor, Dr Paiman Bawon  berkata usaha penanaman semula 200 anak pokok bakau ini dilakukan bagi memulihara keadaan persekitaran pantai daripada terus terhakis.

“Sekali gus bagi memastikan keadaan semula jadi dapat dipulihkan dan akan terus kekal. Mahasiswa juga diharapkan dapat melalui satu pengalaman baru iaitu menanam anak pokok bakau yang secara langsung dapat membantu untuk mengekalkan habitat yang ada di kawasan ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Program yang berlangsung sempena aktiviti ‘1 kolej 1 kampung’ ini mendapat kerjasama daripada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dan JKKK Kampung Pulai, Merlimau.

Sementara itu, Presiden Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Canselor,  Rosni Muhammat Daut, program seumpama itu dapat memupuk semangat cinta akan alam sekitar dan usaha ini dapat mendidik mahasiswa untuk sama-sama berusaha menjaga persekitaran alam dari terus tercemar.

“Program ini merupakan program berterusan dan kami akan menjalankan lawatan lanjutan ke kampung ini bagi memastikan pokok bakau tersebut terus hidup,” katanya.

Selain menanam pokok di pantai, mahasiswa terlibat turut menjalankan aktiviti gotong-royong mengecat rumah penduduk kampung.

Sumber : Sinar Harian, 4 Februari 2016

Pin It on Pinterest

Share This
%d bloggers like this: